Persoalan-persoalan sebegini telah membawa ramai daripada mereka yang lahir sebagai bukan Islam akhirnya kembali kepada Islam, malah mereka yang Islam secara baka juga sedar akan hakikat keislaman mereka dan kembali kepada ajaran dan pemahaman Islam yang sebenar mengikut acuan al-Quran dan Sunnah.
Ini ternyata perkara paling asas, namun tidak ramai yang suka memikirkannya apatah lagi menulisnya bagi dikongsikan dengan orang ramai.
Malah di akhir bicara selepas beliau mengambil tiga ayat daripada al-Quran (Surah az-Zariyat, ayat 56. Surah al-Baqarah, ayat 30. Surah ali-Imran, ayat 110) sebagai penguat hujah 'Apa Tujuan Hidup Kita?'.
Beliau menyudahkan dengan mengajak kepada sahabat-sahabatnya yang selain daripada ustaz dan ustazah juga terjun ke dalam dakwah. Ia melambangkan kesedaran kendiri yang bermutu bagi seorang mahasiswa dan pemudi yang citra sedar Islamnya tinggi.
Malah membatasi tujuan hidup di dunia sahaja. Sewajarnya semua remaja Islam sudah mula berfikir seperti beliau. Malah bagi menjadi seorang aktivis dakwah malah jika berorganisasi pula adalah suatu pilihan yang jarang mnejadi kegemaran di kalangan pemuda pada hari ini meskipun dakwah adalah satu-satunya tugasan yang Allah amanahkan kepada para Rasul yang boleh kita warisi.
Bukankah ayat tersebut seakan menunjukkan tujuan Allah menjadikan manusia? Iaitu untuk beribadah kepada-Nya, menjadi khalifah dan melakukan dakwah di jalan Allah.
Ia lebih kepada penetapan tujuan manusia dijadikan di atas muka bumi ini oleh penciptanya dan kita sebagai manusia andai tiada al-Quran dan Sunnah pasti tidak tahu apakah tujuan sebenarnya kita dihidupkan di atas muka bumi ini dan apa agenda sebenarnya serta apa kesudahannya selepas daripada kematian?
Ada beza yang besar antara 'tujuan' tersebut; Apabila Allah menyatakan tujuan kita diciptakan, ia adalah sebuah perintah dan wajib dilaksanakan tanpa sebarang bantahan. Apabila soalannya adalah 'Apa tujuan hidup kita?', maka ia boleh menelurkan jawapan yang pelbagai menurut kemahuan seseorang itu.
Ada yang tujuan hidupnya mahu jadi tersohor dan mendapat perhatian semacam artis dan para bintang sukan peringkat nasional dan internasional. Ada yang mahu jadi artis, ada yang mahu jadi sasterawan, ahli muzik dan pelbagai lagi bagi memenuhi tujuan hidup mereka.